<width>40</width>
<description><![CDATA[Tengoklah gambar2 nih, entah macam mana boleh bermula.... :P 
Kami pun kaget, apa pasal orang datang berhari raya bawa hadiah ke rumah.  Kalau ini macam lain kali teruk la baladan kena bawa macam2.
Ini betul2, bukan cobaan!  betul2..., bukan cobaan... :-> ]]></description>
<description><![CDATA[Sekarang Haji Siraj dan Hjh Hunainah sudah ada buyut dengan kelahiran Muhammad Fatih.  Fatih ini putera Mohd Taufik (cucu Hj Siraj).  :-D 
Tak tau nak kata apa, semua suka..... :-> ]]></description>
Marham juga mengubah suai sebuah vespa moden  (yang warna biru) untuk kenderaan OKU. Nampak simple tetapi ada ciri yang tersendiri iaitu vespa ini boleh diundurkan dengan menggunakan sebuah motor khas.  Motor ini digerakkan oleh kuasa bateri dan kuasa bateri ini sentiasa dicas apabila enjin vespa dihidupkan. Macam sistem keretalah...
Vespa OKU beroda tiga, bukan roda empat. Roda tiga dengan sistem absober menjadikan kenderaan OKU ini stabil sekalipun dalam keadaan membelok.
Inilah antara hasil En Marham di Sabak Bernam Selangor. Kedua-dua kenderaan ini juga dipertandingkan dalam satu pertandingan hasil rekacipta negeri selangor.  Jika ada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan khas untuk OKU, bolehlah menghubungi nombor ini 013-3395834 atau 017-3793287.
Mari hargai hasil idea kita sendiri, anak tempatan, anak Melayu, anak Malaysia! :-D 
 :-> Berita terkini: KESIKAL yang warna kuning itu telah menjadi johan dalam Pertandingan Inovasi Negeri Selangor pada 12-14 Jun 2009 di Kompleks PKNS Shah Alam, bagi kategori orang awam. Tahniah En Marham, orang kampung yang gigih dan kreatif. :-D ]]></description>
<description><![CDATA[ :-D DAERAH yang masih kampungan di Selangor ialah Sabak Bernam. Maka ekonominya berteras pertanian.  Sekarang banyak petani menternak kambing pelbagai jenis kerana pasarannya yang tinggi.  Masalahnya ialah bahan mentah makanan kambing iaitu rumput.  Penternak terpaksa bersaing dengan petani lain untuk tanaman. Selain itu ketiadaan kawasan luas menyebabkan penternakan kambing dilakukan secara moden.
Penternakan moden ialah dengan mengisar rumput atau tumbuhan supaya semua rumput berkenaan dijadikan lumat. Sama ada rumput khas atau daun kelapa sawit jika dilumat, semua akan dimakan oelh kambing-kambing.  Ini merupakan penjimatan dan penguruasan saintifik.
En Marham bin Dollah Kanan di Kg Sepintas Sabak Bernam telah mencipta mesin mengisar rumput atau apa jenis dedaun untuk makanan kambing.  Beliau bersedia menerima tempahan mesin berkenaan dengan harga RM2000.00 sahaja.  Semua foto di sini menjelaskan hasil usaha Marham seorang lulusan IKM dan telah banyak mereka cipta produk untuk kegunaan apa juga.  Mereka yang berminat boleh menghubungi Marham di nombor 013-3395834 atau 017-3793287  :-> ]]></description>
<description><![CDATA[DALAM buku sejarah peringkat menengah rendah ada dipaparkan foto sebuah bangunan madrasah yang berjasa kepada dunia pendidikan orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua lagi.  Itulah Madrasah Muhammadiyah al Diniyah yang disiapkan pembinaannya pada tahun 1937 di Batu 40 Sabak Bernam Selangor.  Madrasah ini pembinaannya dibiayai sepenuhnya oleh Penghulu Mukim Sabak pada tahun berkenaan iaitu Haji Muhammad.  Salasilah Haji Muhammad masih dapat ditemukan kepada keluarga diraja Sultan Selangor. Fakta-fakta ini saya temui daripada cucu Haji Muhammad, iaitu Encik Moohd Hatta bin Haji Abdul Hamid, 58 tahun pada 2 April 2009.
Menurut Encik Mohd Hatta lagi pelan madrasah memang idea asal Haji Muhammad dan kontraktornya seorang keturunan Cina bernama Ah Doi dari Pulau Pinang.  Madrasah ini yang menelan belanja RM15,000.00 disiapkan pembinaannya dalam masa dua tahun.  Semua kayu untuk membina madrasah ini dari balak yang ada di Sabak Bernam, manakala semua pasir dan simennya didatangkan dari Pulau Pinang.  Bangunan madrasah ini setinggi tiga tingkat, dengan tingkat tiga merupakan ruang melaungkan azan.  Tingkat kedua merupakan dewan solat manakala di bawah adalah ruang kelas pengajian.  Di tingkat dua terdapat beranda dan ukiran tradisi Melayu.
Dalam tahun 1950-an DYMM Sultan Selangor Tuanku Hishamuddin telah merasmikan Madrasah Muhammadiyah al Diniyah. Nama Muhammadiyah adalah bersempena nama Haji Muhammad sendiri.  Sejak ditubuhkan pada tahun 1937, madrasah ini menjadi pusat pendidikan Islam terawal di Sabak Bernam.  Penghulu Haji Muhammad telah membawa guru-guru agama dari Bukit Mertajam seperti Ustaz Salleh.  Ustaz Sulaiman Bin Haji Sood, Sheikh Ali Balidram, Sheikh Ahmad Balidram dan Ali Yamami datang dari Pulau Pinang manakala Ahmad Darmawi dari Bagan Serai Perak.
Pada zaman selepas merdeka antara guru yang terkenal mengajar di madrasah ini ialah Haji Yunus.  Haji Abdul Hamid bin Haji Muhammad dan Haji Salleh bin Haji Muhammad merupakan dua orang anak Haji Muhammad yang menjadi guru di sana. Madrasah ini mempunyai kaitan dengan Madrasah al Masyhoor yang terkenal di Pulau Pinang.  Hal ini dibuktikan dengan Kehadiran Sheikh Hussein Kafeek yang bertaraf Nazir menjadi pelawat dan pemantau pendidikan di Madrasah Muhammadiyah al Diniyah.
Pelajaran yang diajarkan di madrasah ini ialah hal berkaitan dengan pendidikan agama Islam seperti pembacaan al-Quran, Tafsir al Quran dan Hadis dan Bahasa Arab.  Antara tokoh yang dapat dikesan pernah mendapat pendidikan di madrasah ini ialah mantan Imam Besar Masjid Negeri Perak, Haji Mohd Nor bin Mansor.
Madrasah Muhammadiyah al Diniyah terus berperanan sebagai pusat pendidikan Islam di Sabak Bernam sehingga Jabatan Agama Islam Selangor membina sebuah Sekolah Agama Menengah Batu 40 berhampiran dengan madrasah ini untuk menampung jumlah murid yang banyak.  Oleh itu mulai tahun 1980-an peranan madrasah Mauhammadiyah al Diniyah sebagai pusat pendidikan Islam untuk murid-murid terhenti.  Di balik itu madrasah ini masih berperanan menjadi pusat pendidikan kepada remaja dan orang dewasa yang tidak mengikuti pelajaran secara formal di sekolah kelolaan jabatan agama.
Hari ini Sekolah Agama Menengah Muhammadiyah telah dimodenkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dengan sistem pendidikan terancang merangkumi pendidikan akademik dengan nama Sekolah Agama Integrasi Muhammadiyah di Batu Satu Tebok Pulai, tidak jauh dari Batu 40 Sabak Bernam.  
Bangunan dua tingkat Madrasah Muhammadiyah al DIniyah masih utuh dengan senibina Melayu yang dibanggakan.  Hari ini madrasah ini menjadi pusat pendidikan Tahfiz al-Quran dengan 10 orang murid.
Diharap Jabatan Muzium Negeri Selangor dapat mengambil inisiatif untuk mewartakan bangunan madrasah ini sebagai khazanah Negara yang mempunyai nilai sejarah.  Tidak  dapat dinafikan bahawa madrasah inilah satu-satunya bangunan bersejarah yang berjasa kepada pendidikan orang Melayu berpuluh-puluh tahun sebelum pemodenan sekolah seperti hari ini.
NURUL MUBIN B. SIRAJ
http://suparjo.blogspot.com 
<description><![CDATA[ :P KELUARGA Brother Paul dan Kak Dayah mendapat menantu lagi.  Kalau sebelumnya Si Taufik menikah orang Taiping, Musfirah disambar orang Tangkak Johor.  Tengok baju Melayu pengantin lelaki pun tahu datang dari mana... he he he
Taufik pula tak lama lagi jadi bapa budak. Maka Haji Siraj dan Hajah Hunainah akan mendapat cicit pertamanya tidak lama lagi.]]></description>
<description><![CDATA[Ah..., susah hendak digambarkan seronoknya tinggal di desa kepada yang dahulunya anak desa, kemudian menjadi warga kota, kemudian kembali ke desa.  Ah..., tidak, tidak begitu! Seronok itu apabila kita menjiwai apa yang dialami dan dimiliki, meski seketul batu dalam genggaman tangan.  Pegang emas sebongkal pun kalau tidak menjiwai, susah juga..... :P 
Nah, perhatikan anak-anak kecil sedang menikmati ramuan hidup di desa. Kan indah sekali... $-) ]]></description>
Pekan Sabak bukan pekan koboi tetapi selamat dan nyaman.  Segala keperluan dunia modern ada, tetapi yang warisan nenek moyang tetap terjaga.  Mahu makan pecal dan soto tunggu pada setiap sore Jumaat dan pagi Sabtu.  Oh, di sini kalau anda mahu makan lontong, bukan seperti lontong di Kuala Lumpur atau Kuantan.  Yang namanya lontong di sini adalah ramuan nasi impit (lontong), rebusan kangkung, tauge, hirisan timun dan entah apa-apa.  Kalau makan pecal atau lontong ini selalu matanya pejam, tak nampak apa itu. $-) 
Oho, tidak malu mengatakan pekan Sabak adalah pekan tradisi orang Jawa di Malaysia dengan pecal dan soto sebagai menu kepada tamu dari luar. :ty_ty: 
Di sini juga ada museum sejarah.  Wow..., hebat.
Ayuh, mampir lho, dholan-dholan timbang keluyuran adhoh-adhoh ngentek ke duit wae... :flowers: ]]></description>
<description><![CDATA[ $-)  JAM 6.30 sore 17 Disember 2008, tiba-tiba ayahanda minta lihat tangannya yang dikatakan dicokot sesuatu.  Yalah berdarah. Ini bukan cokotan kelabang, memang ayah kata bukan kelabang atau tawon.  Ular!
Macam mana ada ular dalam tandas?  Yalah, itu kerja dan budaya ular, manalah kita tahu. Cuma apabila haiwan ini perasan terancam, dia pun bedal siapa yang disuspeknya.  
Terus bawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemah Sabak Bernam.  Malam itu juga kena diam di wad untuk pemantauan.  Ini peraturan biasa sekalipun kita syak ular itu bukanlah ular dumung atau king cobra!  Alhamdulillah, jam 11.30 pada 18 Disember hari khamis, ayahanda bisa keluar, pulang ke rumah.
Rupanya sebelum ini Kakek Jar juga dicokot ular, dumung lagi!  Orang kampung, dibuatnya macam dicokot kerengga.  Dah bunuh ular itu, pergi makan-makan dan sembang.  Dalam sembang itulah da cerita kena cokot ular. Hah, datang orang muda, tangkap saja Kakek Jar bawa ke sepital.  Nah, kena dua hari dalam wad.  Main-main lagi ular dumung!  Yalah, orang tua, handal juga.... :P ]]></description>