Want your
own Fotopage?







 
RATU KIDUL's FotoPage

By: ken dedes

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 31-May-2009 14:28 Email | Share | Bookmark
KESIKAL buatan Marham Sabak Bernam Malaysia

kenderaan OKU lumpuh sebelah badan
pandangan dari depan, macam tak ada handle.
Pandangan belakang, stabil.
Vespa diubah suai utk OKU, roda tiga.
Ada absober yg menstabilkan kenderaan.
Pandangan sisi belakang
Pereka cipta dan pakar ubahsuai kenderaan untuk Orang Kuran Upaya (OKU) Encik Marham telah mereka kenderaan khas untuk seorang lelaki yang lumpuh dan lemah sebelah badan. Itu yang warna kuning dinamakan Kesikal (kenderaan basikal). Digerakkan menggunakan bateri (yg dicas) dan boleh diundur seperti kereta. Sistem undur ini memang sangat sesuai untuk OKU, takkan dia nak turun tolak sedangkan dia memang dah lumpuh.

Marham juga mengubah suai sebuah vespa moden (yang warna biru) untuk kenderaan OKU. Nampak simple tetapi ada ciri yang tersendiri iaitu vespa ini boleh diundurkan dengan menggunakan sebuah motor khas. Motor ini digerakkan oleh kuasa bateri dan kuasa bateri ini sentiasa dicas apabila enjin vespa dihidupkan. Macam sistem keretalah...

Vespa OKU beroda tiga, bukan roda empat. Roda tiga dengan sistem absober menjadikan kenderaan OKU ini stabil sekalipun dalam keadaan membelok.

Inilah antara hasil En Marham di Sabak Bernam Selangor. Kedua-dua kenderaan ini juga dipertandingkan dalam satu pertandingan hasil rekacipta negeri selangor. Jika ada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan khas untuk OKU, bolehlah menghubungi nombor ini 013-3395834 atau 017-3793287.

Mari hargai hasil idea kita sendiri, anak tempatan, anak Melayu, anak Malaysia!

Berita terkini: KESIKAL yang warna kuning itu telah menjadi johan dalam Pertandingan Inovasi Negeri Selangor pada 12-14 Jun 2009 di Kompleks PKNS Shah Alam, bagi kategori orang awam. Tahniah En Marham, orang kampung yang gigih dan kreatif.

nice

Tumpang iklan sikit ya tuan rumah

Berminat dalam image editing? Kelas Adobe Photoshop CS3 kini dibuka untuk pendaftaran. Maklumat lanjut sila layari

http://www.kedai-aida.com

Dapatkan juga produk-produk lain kami :
Babees Products | Pearl Products | Crystal Products

Promosi Jun 2009. Penghantaran percuma untuk Babees Produk.
Mon 1-Jun-2009 20:43
Posted by:alamak godampc@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.