DAERAH yang masih kampungan di Selangor ialah Sabak Bernam. Maka ekonominya berteras pertanian. Sekarang banyak petani menternak kambing pelbagai jenis kerana pasarannya yang tinggi. Masalahnya ialah bahan mentah makanan kambing iaitu rumput. Penternak terpaksa bersaing dengan petani lain untuk tanaman. Selain itu ketiadaan kawasan luas menyebabkan penternakan kambing dilakukan secara moden.
Penternakan moden ialah dengan mengisar rumput atau tumbuhan supaya semua rumput berkenaan dijadikan lumat. Sama ada rumput khas atau daun kelapa sawit jika dilumat, semua akan dimakan oelh kambing-kambing. Ini merupakan penjimatan dan penguruasan saintifik.
En Marham bin Dollah Kanan di Kg Sepintas Sabak Bernam telah mencipta mesin mengisar rumput atau apa jenis dedaun untuk makanan kambing. Beliau bersedia menerima tempahan mesin berkenaan dengan harga RM2000.00 sahaja. Semua foto di sini menjelaskan hasil usaha Marham seorang lulusan IKM dan telah banyak mereka cipta produk untuk kegunaan apa juga. Mereka yang berminat boleh menghubungi Marham di nombor 013-3395834 atau 017-3793287