Want your
own Fotopage?







 
RATU KIDUL's FotoPage

By: ken dedes

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]
Thursday, 25-Sep-2008 10:29 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT datang ke Kuantan Pahang Malaysia

Masjid Negeri
sebuah kota
Jambatan Tg Lumpur
View all 4 photos...
Hadirlah ke Kuantan dan nikmati kota pantai timur....

Care to comment?


Saturday, 23-Aug-2008 02:48 Email | Share | | Bookmark
SEPUPU Fahdah sepupu

degan sepupu sebelah ibu
ini namanya anak ayah
dengan sepupu sebelah ayah
View all 6 photos...
RUTIN balik desa apabila cuti sekolah, jumpa sanak sedulur. Fahdah pun sama, siapa lagi yang dicarinya kalau bukan Dibah dan Afiq.....

Dibah, ayah saya kan tulis alahai cucu nenek masa ambil gambar kita tiga orang pakai cermin mata dulu, ingat tak. Sun 9-Nov-2008 06:56
Posted by:Adik Adah
Add comment


Sunday, 3-Aug-2008 00:19 Email | Share | | Bookmark
HALIM Perdana

sebelum bersalam dengan tok kadi
orang sudah ada pengalaman
kami dan mereka. Yg kecil: Siti Fahdah.
View all 4 photos...
HALIM Perdana nama pelabuhan udara Jakarta, tapi rakan saya Halim pun saya selalu sebut sebagai Halim Perdana. Dia tinggal di Taman Perdana Pekan Pahang, jadi senang saja sebut Halim Perdana. Dia rakan rapat, walaupun bukan dikenali sejak main becak-becak atau semasa menggogoh ikan di sawah.

Barangkali kerana dia anak Jawa juga, dari desa yang tidak jauh juga, tapi kerana antara kami ada saling kepercayaan dan saling menghormati menyebabkan keakraban itu jadi terserlah. Semalam 2 Ogos 2008, dia menikah semula setelah lebih 10 tahun menduda kerana kewafatana isterinya. Saya sekeluarga sahaja yang bukan adik-beradiknya diminta menjadi pengiring majlis pernikahan. Malah saya ditarik untuk duduk di sisinya seperti adik bongsunya yang seorang lagi.

Halim Perdana sebenarnya satu kisah peribadi dan keluarga yang tersimpan dalam tanggapan dan rahsia. Tidak banyak yang mengerti dan mengalaminya. Saya sendiri kadang tersalah tafsir pendiriannya mengapa dia sanggup begitu lama hidup sendiri. Sendiri dalam sebuah rumah mesti punya tiga puteri. Itulah rahsia kehidupan. Dan saya berkongsi pengalaman unik ini dengannya. Itupun tidak semua. Tak banyak orang sepertinya.

(foto pertama dan kedua diambil oleh Siti Fahdah, 7 tahun: cadet photographer)
Selamat berbahagia.

>> nice shots... Sun 3-Aug-2008 14:29
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
ramai orang kawen.. bile la aku nk kawen plak.. Tue 5-Aug-2008 04:08
Posted by:adlan86 myadlan@gmail.coom
Add comment


Thursday, 10-Jul-2008 14:58 Email | Share | | Bookmark
UNTUK sehari sahaja

38 orang mengharungi nasib malang
terbang dan mungkin terbenam
Peringatan terakhir sebelum menjadi manusia biasa
View all 6 photos...
Untuk sehari sahaja 10 Julai remaja-remaja yang akan menduduki peperiksaan ini wajib meneroka jalan hidup paling sukar dalam hidupnya. Suka atau tidak begitulah resam hidup, untuk mengajak mereka berfikir adakah selamanya hidup diatur serba indah akan berpanjangan. Adakah kesenangan hidup ini bukan kerana ada segolongan manusia yang sanggup bergelumang dengan lumpur kehidupan. Kita mungkin menjadi jutawan dan jijik dengan lumpur, tapi siapakah yang mengutip sampah dan menyedut tangki najis rumahnya? Kalau tidak ada manusia yang sanggup berkorban dalam bau busuk, kita yang dikatakan bakal orang mewah tidak akan juga sentiasa menghirup pewangi di rumah besar. Biarlah sehari ini mereka merasa payahnya hidup manusia.

Care to comment?


Friday, 4-Jul-2008 14:23 Email | Share | | Bookmark
B-YANG Berhormat turun ke kawasan

BYB di tapak rumah yang hangus
BYB mendengar kisah duka rakyat
BYB menyampaikan sumbangan daripada rakan2 BYB lain
View all 8 photos...
Bukan Yang Berhormat (BYB) telah biasa bersama orang kecil dan susah. Jadi biasalah kalau BYB ini melawat kesan kebakaran seorang rakyat kecil macam BYB juga. Oleh kerana BYB orang kecil, maka lawatan ini tidak ada nilai berita dalam akhbar, sebab itu tidak ada berita dalam Berita Harian, NST atau Utusan Malaysia. Kena faham tu.

Care to comment?


Wednesday, 2-Jul-2008 13:29 Email | Share | | Bookmark
hanya kenangan masa lalu....

masa tu a. samad said pun muda lagi
dengan budak perelih
tolong orang je...
View all 18 photos...
hanya menghimbau masa lalu. Dulu-dulu, dunianya di Sabak Bernam , Jitra , Kuala Pilah dan Pekan.

Care to comment?


Monday, 30-Jun-2008 15:13 Email | Share | | Bookmark
inilah RATU KIDUL......

Tahun 1988. Lihat Puah dan Jamalul
Tahun 1990. Lihat Aini, Mus dan Puah.
Tahun 1990. Itu Taufik yang baru ini kahwin.
View all 15 photos...
Sekali-sekali seronok melihat foto lama. Mana yang sekarang sudah jadi doktor, dulunya orang kata selalu umbelen. Mana yang sekarang jadi jurutera, dulunya ada berbau penguk!

Sila cari RATU KIDUL dan siapakah sebenarnya RATU KIDUL itu?


Care to comment?


Monday, 30-Jun-2008 14:54 Email | Share | | Bookmark
Mencari pelanduk yang serupa.

"minta maaf, ambo ingak saing...
00:00
masa saham tinggi
00:00
"awak aktif dalam senikan?"
00:00
View all 6 photos...
Tahun 1993 di Rusila terengganu, ketika santai di sebuah cafe sore hari. Tiba-tiba saya didatangi seorang lelaki dan terus duduk di kerusi hadapan saya. Tanpa diminta dia terus berbicara dengan saya, dengan suara separuh gurau, persis saya kenalannya. Malangnya saya waktu itu belum dapat menjawabnya dengan telor Kelantan. Ini menyebabkan dia kaget. Kaget kerana asalnya dia 100 persen menganggap saya adalah kenalannya. Opps, dia minta maaf, salah orang!

Baru-baru ini di Pekan Pahang, seorang guru sekolah rendah terus memeluk saya dan cuba menghimbau aktivitinya bersama 'saya'. Saya terpaksa memeras ingatan untuk mengingat sahabat ini. Setelah mencari di mana titik temu, nyata saya bukanlah orang yang disangka 100 persen rakan seninya. Aduhai....

Siapa lagi sebenarnya pelanduk-pelanduk yang menyerupai saya?

adakah anda berasal dr org jawa?? Wed 9-Jul-2008 08:05
Posted by:PerAwan sEnJa.. kunyi70@yahoo.com
berasal dari orang Jawa atau berasal dari Jawa atau asal usulnya oranag Jawa? Mana satu maksud soalan itu... Thu 10-Jul-2008 15:14
Posted by:pakngah mubinsiraj@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 17-Jun-2008 15:44 Email | Share | | Bookmark
Taufiq si pengantin

detik terakhir seorang bujang
00:00
masa nak bermula jadi suami
00:00
orang setiap jumaat pakai sut pengantin nih...
00:00
ini dia cucu atuk dan nenek pertama yang bernikah. Alamak teringat pula masa taufiq ini masih kecil selalu merengek-rengek sebab gaduh dengan adiknya mus. Mus tu nama saja budak pempuan tapi dengan kakangnya boleh tahan juga gaya dia. Dululah..., 22 tahun dulu. Jangan marah....

Care to comment?


Monday, 16-Jun-2008 16:14 Email | Share | | Bookmark
dunia TE

dengan amin di pasir salak perak
00:00
dengan atuk dan amin
00:00
dengar lagu ke tidoq...
00:00
View all 6 photos...
mencari t-shirt merah, logo manchester united dan berita bola sepak, carilah TE Tahun ini ambil exam di smart kira ok lah..., bocah mbarep kaya kuwilah.... tapi kadang ora temua juga.

Care to comment?


[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.