Want your
own Fotopage?







 
RATU KIDUL's FotoPage

By: ken dedes

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 2-Dec-2008 22:34 Email | Share | | Bookmark
KENDURI itu makan-makan....

di sini lokasinya
cobaan pertama, hujan dan air melimpah
mangsa sudah jatuh
View all 27 photos...
KENDURI kahwin di rumah ayahanda Hj Siraj dan Bunda Hjh Hunainah di Lot 139 Jalan Hj Harun Sepintas Sbk Bernam pada 30 Nov 2008. Kenduri ini saja-saja untuk kumpul sanak sedulur buat sama-sama masak dan makan-makan.

Orang Jawa kalau kenduri walaupun namanya kecil, tapi tak kecil dari mata orang yang di luar budayanya. Mungkin kurang perduli atur cara pengantin, buat simple saja namun dalam bab makan atau menjamu pada gejubus dan kodangan, masya Allah buat 'ana terkejutz!'

Sanak sedulur akan menyumbang kuih2 seperti baulu, krepek pisang, rempeyak, tumpi dan pelbagai untuk jajan2 ringkas gejubus. Kemudian kalau sembelih lembu tidak cukup buat sup dan gulai, tapi kena ikut komponen daripada lembu itu. Daging bersih mesti satu jenis lauk, daging cincang satu jenis lain, babad jenis lain, tulang mestilah sup punya! Mujur kulitnya tak ada dalam list untuk menu!

Ah.... penat nak ngira berapa menu. Tapi masa hari besarnya ada tujuh pilihan di meja makan untuk para kondangan dan gejubusan. Mana mau cari ini di luar kampung Sepintas!

wah ...memanglah hebat kendurinya ...ini betul2 tradisi. Yang kempunannya lemper! Melihat gambar tak sama dengan yang ada di set gejubus tuh, tapi tak pa ...alhamdulillah semuanya dah selesai. Thu 4-Dec-2008 12:46
Posted by:Orang jauh yang kempunan
Add comment


Sunday, 23-Nov-2008 23:21 Email | Share | | Bookmark
RAJA Jawa terakhir....

hero dalam filem je..
manalah aku punya mem...
member sebelah dah berdua..., aku?
View all 16 photos...
23 November 2008, jam 2.45 sore. Sajalah dolan-dolan ikut Jamalul..... makan2, ngumbe2, jumpalah banyak orang...

paman, cayalah sama lu... Sun 23-Nov-2008 23:44
Posted by:Adik Adah
"kapan arek wangsul neng sabak... aja ngguyu baee Mon 24-Nov-2008 00:00
Posted by:Pendekar Mustar
Add comment


Sunday, 23-Nov-2008 23:00 Email | Share | | Bookmark
JAMALUL HAIR nikah

dengar khutbah dulu, janji dapat.
degup jantung...
"gua terima lu nikahkan gua..., buleh ke tok."?
View all 17 photos...
SEGAMAT: Sabtu 22 November 2008, seorang lelaki dari Sabak Bernam yang ditemani ahli-ahli keluarganya dengan gagah berani menyahut cabaran menjadi suami kepada salah seorang anak peneroka Felda Redung 1 di sini. Encik Jamalul Hair yang cuma bekerja kilang di Skudai Johor berjaya meyakinkan semua keluarga Tuan Haji Jaafar bahawa dirinya adalah lelaki terbaik daripada semua lelaki untuk menjadi suami kepada Ummi Mahmudah.

Tanpa banyak songel..., lihatlah foto2 berikut.

Care to comment?


Wednesday, 19-Nov-2008 03:02 Email | Share | | Bookmark
AYAM kampung....

Yes, mangsa pertama...
biasa saja, budak kampung kan..
tiga ekor, nanti kita ngap!
View all 4 photos...
SELALUNYA sebut lauk ayam kurang seleranya, sebab banyak sangat menu yang ditaruh daging ayam. Ayam belaan dalam kandanglah, bukan ayam kampung! Dulu sewaktu kecil, nak rasa makan ayam kena tunggu ada majlis maulid ur rasul, isra dan mikraj atau kenduri kendara. Tugas kami kanak-kanak ialah mencabut bulu ayam, kemudian orang dewasa bagilah saguhati makan organ seperti hati dan jantung ayam. Kadang2 kita minta nak buat BBQ sendiri.

Sekarang, tetap rindu dan terliur nak makan daging ayam kampung. Yes, dapat peluang tak mahu tunggu lama, terus kasi sembelih. CT Fahdah yang 7 tahun tak rasa kecut apa2 tolong pegang ayam untuk disembelih. Dia ini mungkin nak jadi pendekar kot!

Care to comment?


Tuesday, 18-Nov-2008 14:41 Email | Share | | Bookmark
KANTOR SMK Air Putih Kuantan

bersama CC Kak Cham
Cuti sekolah pun sibuk...
dia suruh kita teka berapa umur mak dia!
View all 6 photos...
INILAH suasana di kantor. Meski hari sekolah cuti, kerja jalan juga dan yang datang mahu diladeni dengan baik. Kawan-kawan guru pun keluar masuk juga, sibuk macam di bursa saham. Tapi sempat juga ke dapur, tengok rezeki....

Care to comment?


Saturday, 15-Nov-2008 02:05 Email | Share | | Bookmark
FATIN and her gang

entah apa yang aman..
bukan kumpulan rock
ewah...
View all 9 photos...
FATIN Atiqah dan kengkawannya dari TKC merayau-rayau hingga ke Bukit Tinggi di Pahang, bukan Bukittinggi Sumatera Barat tuh....

oh tak ajak adik ya, ai sombong betul...... Sat 15-Nov-2008 02:59
Posted by:Adik Adah
Add comment


Thursday, 13-Nov-2008 14:32 Email | Share | | Bookmark
HASRAT TE tidak sampai

Siap sedia
Papan tanda
Daftar masuk
View all 4 photos...
PUTERA TE (Fathul Yaqin) berhasrat untuk memasuki RMC pada tahun hadapan, maka dia telah menghadiri temuduga di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan pada 10 Nov lepas, namun kerana ada masalah kesihatan (cedera) di kaki, hasratnya gagal

Care to comment?


Tuesday, 11-Nov-2008 12:55 Email | Share | | Bookmark
SMK Air Putih akan berlalu

Bu Roji yang memanggilku Kang Mas
Bakal siswi dari SMKAP
Dia akan menjadi lebih penyayang selepas ini
View all 13 photos...
SMK Air Putih akan dilepaskan pada 1 Januari 2009 nanti. Setelah dijejak sejak enam tahun lalu, sampailah sudah janji untuk menitipkan pesan dan kembali ke tanah leluhur.

Hanya lagu Sudirman 'Salam Akhir' menjadi teman kelak.

Care to comment?


Friday, 7-Nov-2008 22:37 Email | Share | | Bookmark
Perpisahan untuk menemukan ....

ya..., silakan
artis kita
gaya mesti ada
View all 6 photos...
Ada waktunya, kejutan adalah rasa gementar yang tidak dipaksa. Ada kalanya juga rasa cemas, sedih, tawa, sakit, maut dan perpisahan adalah kejutan yang perlu hadir dalam hidup untuk menambah rempah kehidupan. Perpisahan mungkin untuk menilai semula sejauh mana benarnya ada sayang, rindu, marah, benci, dendam dan sebagainya. Dengan detik perpisahan akan terasa di mana segala yang selama ini dirasa dan dipendam. Adakah yang dirasa itu benar-benar wujud atau sekadar ilusi. Maka, nikmatilah perpisahan sebagai menguji ruang abstrak yang tidak diluahkan.

Care to comment?


Wednesday, 8-Oct-2008 14:49 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya

 
 
 
View all 6 photos...
Takdirnya kamera saya ketriwal sejak awal ramadan sehingga raya. Maka gambar yang diambil itu menggunakan kamera Meloon. Baru ambil beberapa keping tiba-tiba baterinya kong! Jadi itu saja gambar yang didapati pagi itu. Sebab itu tidak ada gambar kami beraya dengan bapak dan mak.

Care to comment?


[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.